Monday, 16 June 2014

7#Padanan Terjemah

Apabila kita menterjemah,
Biarlah kita berpenat lelah,
Barulah kita terasa megah,
Dengan terjemahan yang indah..
-Mawiyah Mazlan^_^ 2014-

Kawan-kawan pernah tak baca buku terjemahan, tapi  tak terasa pun yang kawan-kawan sedang baca buku terjemahan.  Rasa macam real ja, macam tulisan asli ja.. haa!! Buat pengetahuan kawan-kawan itulah antara terjemahan yang baik..

Nak tahu macammana para penterjermah ini dapat menterjemahkannya dengan baik???
Jomm kita exploree!! aiwahhh! ^_^

Sebelum tu, kita mesti kenal dulu apa itu konsep terjemahan. Jadinya,

Ø  Penterjemahan ialah kerja mencari padanan yang paling tepat agar makna asal berjaya disampaikan


ohh, mencari padanan yang tepat?? padanan apa tu??jadinya jom baca sambungannya,,hehe

KONSEP PADANAN
Ø  Pencarian padanan dalam proses terjemahan Ini lah yang menghasilkan terjemahan.
Ø  Mencari padanan ni merupakan masalah utama dalam teori terjemahan.
Ø  Kalau kita nak cari padanan yang betul-betul tepat tu, memang mustahil lah..

Nak tahu tak??
Jakobson (1959) merupakan orang pertama yang menggunakan konsep padanan dalam kerangka ilmu sains terjemahan melalui artikelnya On Linguistic Aspect of Translation.

Selain Jakobson, ada lagi seorang yang menggunakan konsep padanan ini iaitu,




Wah cantik kan terjemahan kita kalau kita guna padanan dinamis.. macam mana lah nak hasilkan terjemahan bersifat dinamik ni ye?
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, nak hasilkan terjemahan bersifat dinamik? Boleh je..
Ø  Buatlah pengubahsuaian dalam aspek tatabahasa
Ø  Lakukan penyesuaian leksikal (perkataan)
Ø  Sesuaikan anakronisme atau sesuatu yang ketinggalan zaman dengan sebaik mungkin

PADANAN SEJADI YANG TERDEKAT
-          Hasil terjemahannya
Ø  seolah-olah ditulis dalam bahasa sasaran
Ø  tidak terikat dengan bentuk bahasa sumber
Ø  terdapat pembaharuan terhadap unsur klasik

-          Disarankan oleh Nida dengan menggariskan beberapa ciri berikut :-
Ø  Padanan keserupaan
Ø  Melakukan penyesuaian dari dari segi tatabahasa dan leksikal
Ø  Mengekalkan gaya

Nida turut mengemukakan 4 jenis padanan
Ø  Satu lawan satu
Ø  Satu lawan banyak
Ø  Banyak lawan satu
Ø  Satu lawan tiada

Padanan terjemahan berkemungkinan:- 
Ø  terdekat tetapi tidak sejadi
Ø  sejadi tetapi tidak terdekat
Ø  terdekat yang sejadi
(Ainon Mohd 1987)


Macam mana nak cari padanan ye?

hal ini pernah diutarakan oleh Mashudi Kader & Low Bee Eng (1991)
Ø  carilah padanan kata yang melibatkan konsep
Ø  cari label linguistik yang sesuai
Ø  label linguistik mestilah merujuk fungsi, makna dan peranan yang sama dalam bahasa sasaran
Ø  padanan yang terbaik ialah padanan satu lawan satu

seseorang penterjemah itu perlu bertindak positif mencari padanan yang sesuai dengan kehendak pembaca sasaran agar hasil terjemahan tidak berbau terjemahan apabila dibaca tetapi seolah-olah ditulis terus ke dalam bahasa sasaran.


   oklah, rasanya agak banyak input yang kami beri pada 'entry' ini,
   moga ianya bermanfaat buat semua :)
    
    Nur Mawiyah binti Mazlan
    A144996


Sunday, 15 June 2014

#Refreshment 2#



# AJARKAN PAKCIK BAHASA ARAB, NAK#

Bismillahirrahmanirrahim^_^
Sekarang, jujurnya otak tengah 'jammed'
terlalu banyak nota-nota yang dibaca,
lalu, mata makin mengecil,,
jadi,,tiba-tiba nak kongsikan sebuah kisah,
baca tau, rugi kalau tak baca!

Ok, kisahnya bermula selepas saya habis STPM
di sekolah paling legend kat Malaysia,,(cewaah, poyo!)
kemudian selepas STPM saya membantu ayah di kedai beliau,
dalam masa yang sama di tingkat atas kedai ayah, ayah ada
buka kelas pengajian untuk kanak-kanak & dewasa,
pada suatu ketika, ayah saya bercadang untuk membuka kelas
pengajian Bahasa Arab, kebetulan ada seorang ustaz yang baru balik daripada Mesir
telah  menawarkan dirinya untuk mengajar,
pengajian itu lebih tertumpu kepada umum, jadi ramailah
pakcik-pakcik, makcik-makcik, atok-atok & nenek-nenek pon ada,
bersungguh-sungguh mereka datang nak belajar bahasa Arab.

Nak jadikan sebuah kisah, ketika tengah sesi pengajaran,
tiba-tiba ada seorang pakcik comel ni angkat tangan,
lalu dia bertanya kepada ustaz,,
"ustaz, penting sangat ke Bahasa Arab ni??pakcik peninglah ustaz? nak belajar,,lagi-lagi dah tua ni haa~~"
lalu ustaz tu ,menjawab" cikk, umur pakcik dah berapa sekarang? berapa hari sekali pakcik baca al-Quran?"
pakcik tu balas "umor pakcik ni adalah nak dekat 60 tahun  dah nak oii, kalau al-Quran tu pakcik selalu jugaklah baca, kenapa nak??"
ustaz, "apa yang pakcik rasa bila pakcik baca al-Quran?"
pakcik, "entahlah nak oii, pakcik baca je, tajwid pakcik pon tunggang langgang ostaz oii"
ustaz, "pakcik sebab tu kita kena belajar bahasa Arab pakcik, bahasa Arab, bahasa al-Quran, bahasa ibadah2 kita seperti solat, bahasa sumber hukum, kalau kita tak belajar bahasa Arab, macam mana kita nak faham apa yang kita baca, bila tak faham itulah kita tak pernah rasa kemanisan beribadah, kemanisan baca Quran,
pakcik," kalau macam tu, ajarkan pakcik bahasa Arab sungguh-sungguh nakk, pakcik dah tua, otak pakcik dah lembap, ustaz sabar ya dengan pakcik, kalau pakcik lambat faham,,

ALLAH T.T hampir tertumpah air mata saya, bila dengar kata-kata pakcik tu,
sentap!! sangat bersungguh-sungguh dia mahu belajar bahasa Arab!

Jadi, kalian anak mudaaa! Cuba-cubakan diri untuk mendalami Bahasa Arab ini,
sebab apa, sebab macam mana ayat ustaz yang saya besarkan kat atas,
kenapa pemuda  yg solat, tapi solat tak mampu mencegah mereka dari kemungkaran??
sebabnya satu, mereka tidak faham apa yang mereka baca dalam solat, tak pernah nak menghayati!!
tudiaaaa! sebab mereka baca al-Quran, tapi tak faham untuk tadabbur maksudnyaaa!!
Faham! ok, refresh balik, 
mana-mana kawan yang satu bidang dengan saya, gunakanlah kesempatan ini sebaik mungkin
belajar elok-elok, bukan sekadar melepaskan ijazah semata-mata,
ok lah moga coretan mampu membawa semangat untuk exam TAMA esok!
Bittaufiq Wannajah semua :)


6# Ana, aku, kamu antum!

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.

Sungguh, apabila asyik 'update' entry di blog,
tangan ni asyik gatal nak menekan keyboard.
haha,,bila hobi ber'blogging'
inilah padahnyaaa,,alahai~
ohh, ok so, berdasarkan tajuk,
"ana, aku, kamu, antum"
anda pernah dengar perkataan-perkataan macam tu?
kalau tak pernah,maksudnya duduk dalam gua la tu,,eheh

jadi, apa yang kami nak bagitahu adalah:
"dalam proses penterjemahan terdapat satu elemen penting iaitu menterjemahkan kata ganti nama diri"

tahu kata ganti nama diri,,
contohnya:
1. saya, aku, ana, ceq, ambe, gua, kamik, beta, patik, oghe dan macam2la
yang nak menggambarkan diri sendiri

2. awak, engkau, anda, kome, korang, antum, antunna dan macamlah
aiwahhh!

3.  dia, mereka,kaliannn!!


jadi dalam konteks Bahasa Arab yang kami belajar:
untuk menterjemah antara contoh yang kami belajar dan ingin kongsikan :)



Dan di bawah ini adalah contoh kata ganti nama diri dalam bahasa Arab.
Hafaaall Yokkk!!!
Sangat penting nii!

Ok,moga anda semua faham ye bab ini,,
ok jumpa lagi pada entry akan datang :)

Balqis binti Kamarudin
A144969

5# Nak terjemah guna apa ye?

Aduhai.. susahnya nak menterjemah ni.. tak da cara lain ke?
Peningg!peninggg!!adoyaiii =_=

Eh! Stop!! sebelum tu,

Hai sahabat janganlah anda  mengeluh, janganlah anda risau..  
take a breathe and make a smile on your face  J

Sebenarnya ada yang dapat membantu kita dalam menterjemah ni
anda nak tahu apa dia? Kawan-kawan tak percaya???
 Percayalah kerana ia adalah kenyataan dan realiti yang tak dapat disangkal sama sekali!.haha
Dalam menterjemah ni, kita dapat gunakan alat bantu terjemahan.Mudah kan??
 Apa tu alat bantu terjemahan? Apa lagi kalau bukan KAMUS!! Kamus ni patut dijadikan sebagai peneman setia kepada kita sebagai penterjemah pada setiap masa setiap tika, walau di mana pun kita berada. Senang lah sikit nak merujuk kan..

Apakah itu kamus??
Buat pengetahuan semua, hakikat kamus itu ialah :
                BUKU RUJUKAN
                MENERANGKAN PERKATAAN
                PEMBANTU KEPADA PENGGUNA MENGENAL PERKATAAN BARU
                SESUATU YANG MEMPUNYAI:-
Ø  PANDUAN SEBUTAN
Ø   ASAL (ETIMOLOGI) SESUATU PERKATAAN
Ø  CONTOH PENGGUNAAN BAGI SESUATU PERKATAAN
ILUSTRASI UNTUK MENGUATKAN KEFAHAMAN PENGGUNA

Erm.. jelas tak maksud kamus yang diberikan tu? Harapnya jelas lah ye.. 

ok seterusnya, kita buat sedikit sesi pengenalan dengan kamus-kamus ini ye, 
bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta,
jadi kalau tak cinta macammana nak jadikan kamus peneman setia,
takk gituuu?? :)

Jadinya, inilah kamus-kamus bersama adik-beradiknyaa!!aiwahhhh^_^

Ø  KAMUS EKABAHASA  (guna satu bahasa ja)

Ø  KAMUS DWIBAHASA (guna dua bahasa)

Ø  KAMUS ANEKA BAHASA/ MULTI BAHASA (guna 3 bahasa sekurang-kurangnya)
Ø  KAMUS ISTIMEWA/ KHUSUS
o   KAMUS ISTILAH – istilah khusus bagi bidang tertentu, kegunaan ilmiah
o   KAMUS ETIMOLOGI – asal-usul perkataan, maksud asalnya
o   KAMUS TERSAURUS – kata seerti, pelbagaikan penggunaan diksi
o   KAMUS PERIBAHASA – menerangkan peribahasa, juga bertujuan untuk keseronokan
o   KAMUS KATA NAMA KHAS – nama tempat, nama tokoh
o   KAMUS TERJEMAHAN – kata seerti asing, bantu penterjemah, kamus dwibahasa


Kawan2 adik2 kakak2 dan abang2,,
pasti ada yang mengeluh, 
untuk beli kamus ni maha la,,takde duit la,,
PERLU SANGAT KE KAMUS NI??

Jawapannya: Ø Ya kawan-kawan.. kamus ini amat PERLU.. untuk apa kamus ni? Mestilah untuk kita untuk mencari padanan kata yang tidak diketahui. Kamus ni juga diperlukan sebagai  rujukan kerana tidak semua padanan makna ada dalam kotak memori fikiran seseorang. Perkataan yang berkait dengan linguistik serta budaya dan adat resam merupakan masalah yang sering dihadapi oleh seorang penterjemah.

Kamus juga amat diperlukan oleh semua penterjemah. Tak kiralah dia profesional ke, amatur ke.. kamus ni merupakan alat bantu yang paling berguna ketika seseorang penterjemah tu tak tau sesuatu padanan terjemahan yang sesuai.
Jadi kawan-kawan janganlah risau menghabiskan sedikit duit untuk mendapatkan ilmu, tak salahkan. Kalau dilihat kembali, duit kita banyak yang dihabiskan untuk tujuan lain selain belajar, jadi apa salahnya sebahagian duit yang kita ada, kita gunakan untuk membeli kamus yang banyak manfaatnya ^_^
BETUL KANN??

ok,jumpa lagi ^_^

Nur Mawiyah binti Mazlan
A144996









Saturday, 14 June 2014

#Refreshment 1#


JOM SEGARKAN DIRI!
JANGAN MALASS!!
BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH!!



ياَمــَنْ يـَــرُوْمُ الْعُــــلاَ دُنـــْيا وَفِى آخِرَة # اُطْلُبْ فــُـنُوْنَ اْلعُــلُوْمِ فِى مَدَى الزَّمَنِ



اُطْلُبْ بـــِجِدٍّ وَلا تكْسَلْ وَلا تـــَــهِـــــنِ # اِنَّ الْـــــعُلُوْمَ تكُوْنُ اَحْسَنَ السُّفـُـنِ



Wahai orang yang menginginkan ketinggian di dunia dan di akhirat, maka tuntutlah berbagai macam disiplin ilmu sepanjang masa



Tuntutlah ilmu itu dengan sungguh-sungguh dan janganlah engkau malas dan jangan setengah-setengah, sesungguhnya ilmu-ilmu itu akan menjadi sebaik-baik bahtera



Memang lumrah, manusia lebih2 mahasiswa,,
ada masa rajin, terlebih rajin,
ada masanya malasnya ya rabbii
hanya Allah yang tahu,,
jadi sikit perkongsian dari kami,,
nak jauhkan sifat pemlas,
ayuh lazimi doa ini,,


selamat beramal :)

3# Macam mana ye nak terjemah??


" Wahai Para Bakal Penterjemah
Seorang penterjemah yang baik,
perlu membuka langkah mencari tujuannya sendiri,
perlu tahu bilakah sudah pengetahuannya mencukupi,
bila dia perlu menerima nasihat dan pandangan orang lain,
bila dia perlu sokongan pakar, dan bilamasa dia perlu menyerah kalah"
-Dr Maheram Ahmad ^_^


Aiwahhh! sungguh, kata-kata ustazah di atas sangat cantik!
cantik susunan kata, cantik maksudnya!
ok, sebagai permulaan, kali ini sekadar ingin berkongsi nota,
tak salah kan,, ni asli punya nota
guna air tangan  sendiri tau!!

Oh yaaa! sebelum itu,
apa fungsi nota ni,
nota ni kami nak kongsi sebagai salah satu cara
untuk kami perkenalkan tentang tajuk proses penterjemahan,,


ok, jelas takk? boleh la ye?
penting sangat ke proses penterjemahan ini,,?
ohh,,sudah tentu sangat pentingg!
sebab apa proses itu adalah langkah,
andaikata tiada proses atau langkah dalam sesuatu perkara,
maka caca merba laaa jawabnyaa,,alahaii~~

Jadi secara ringkasnya, ada lima langkah untuk proses penterjemahan!
ingat yaaa 5 Langkah!
1. ANALISA
2 .PEMINDAHAN
3. MENSTRUKTUR SEMULA
4. MEMERIKSA
5, MENYEMAK & MENYUNTING

Ok,sampai sini perkongsian setakat ni
jumpa pada masa akan datang yaaa~~~

Rabi'atul Adawiyah binti Hashim
A145003

2#Jom Cek diri nak jadi penterjemah!


"Anda nak tahu salah satu 'statement' yang sering manusia perasan sendiri
apabila mereka berangan-berangan ingin menjadi seorang penterjemah
iaitu aku menguasai dua bahasa sudah cukup bagiku untuk menjadi penterjemah"

Opsss! sebelum itu, jikalau anda berfikir sebegitu,
cukuplah anda punya angan-angan sekadar angan-angan mat jenin,
nak jadi penterjemah bukan senang, dan tidak susah!
apa yang anda kena tahu nak jadi seorang penterjemah 
adalah anda kena rajin, kuat berusaha, tidak putus asa,
rajin membaca dan kuasai banyak bahasa bukan sekadar
dua sahaja!! faham??

Ok, oleh itu, tajuk kali ini,,
kami akan kongsikan pada anda,,
iaitu 'checklist' seorang penterjemah,
Ayuh, jom cek diri,,
kalau benar-benar anda ada impian menjadi seorang penterjemah.
ohhh,,masyukk oo gaji seorang penterjemah! aiwahhh!! :)

Ok, antara ciri-ciri yang perlu ada untuk seorang penterjemah:

1. Mengetahui Bahasa Sumber
- bahasa asal yang belum diterjemahkan
-anda mestilah mendalam dalam pengetahuannya
-anda mesti tepat dalam mentafsir maknanya

2. Mengetahui bahasa sasaran
- bahasa penerima
-anda mestilah mempunyai pengetahuan yang baik
atau lebih baik bahasa sasaran lebih
dari bahasa sumber

3. Mengetahui bidang/subjek
-perkara ini akan membantu anda untuk menjamin ketepatan
makna yang diterjemahkan
-sangat penting dalam penterjemahan teks-teks khusus & sastera

4. Mengetahui teori terjemahan
-kenapa anda kena tahu teori ini??
supaya anda tidak memindahkan perkataan sahaja,
bahkan anda dapat memindahkan  idea, maklumat dan
gaya sekali,,aiwahhh!

5. Mengetahui sasaran pembaca
-anda kena tahu sasaran pembaca anda golongan mana
adakah golongan atok-atok, nenek-nenek, atau 
golongan ibu-ibu, bapa-bapa, atau golongan 
para remaja,,ataupun golongan kanak-kanak yang 
comel gitu,,untuk apa? untuk anda dapat 
sesuaikan laras bahasa anda! aiwahhh!

ok, itulah contoh ciri-ciri yang perlu ada.
amacam??ada kena pada diri tak??
kalau takde, ayuh perbanyakkan ilmuu!

Balqis binti Kamarudin
A144969