Tuesday, 6 May 2014

1#Mengapa menterjemah???


CITRA PENTERJEMAH
“Jika anda tidak pandai mengarang maka jadilah seorang penyunting 
dan jika anda tidak pandai mengarang dan menyunting, 
maka jadilah seorang penterjemah"

Bismillahirrahmanirrahim ^_^
ok, post kali ini kami akan mula fokus dengan matlamat kami mencipta blog yang comel ini,
kami akan kongsikan kepada para pembaca tentang konsep terjemahan.
opss! maaf kalau nampak kami agak skema, hihihi

ok, soal penterjemahan, ada yang menganggapnya begitu boring, bosan lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan bahasa Arab,,setuju???
ok, jadi kawan-kawan para pembaca sekalian, bagi mengubah "mindset" kalian,
kami akan kongsikan betapa pentingnya sangat-sangat penterjemahan ini..

ok, pertama!
cuba anda bayangkan, anda berada di sebuah bandar yang bukan bandar asal anda,
tengah anda jalan-jalan, tiba-tiba anda sesat di bandar tersebut,
lalu, anda duduk di tepi jalan lalu menangis,
tiba-tiba ada seorang syeikh kabir yang handsome ini mendekati anda,
lalu bahasa apa yang anda akan katakan kepadanya, kerana anda tahu bahawa beliau tak faham bahasa ibunda anda,,


jadi apa yang kami nak sampaikan, terjemahan itu amat penting kerana

Bukan semua orang dapat bercakap semua bahasa!

ok, seterusnya yang kedua, terjemahan ini amat penting bagi berhubung / berkomunikasi. Nak tahu satu perkara tak??? salah satu punca kadangkala masalah komunikasi ialah apabila seseorang itu tidak memahami bahasa, atau loghat orang lain.

ketiga, fungsi terjemahan adalah  memindahkan ilmu & teknologi.
seperti mana yang kita tahu, dunia ini sedang maju dengan teknologi yang semakin canggih,,
dan kebanyakan teknologi-teknologi yang canggih ini bukannya dari orang Melayu,,
majoritinya dari 'orang-orang putih'
dan nak tahu asal usul ilmu itu sudah tentu dari BAHASA ARAB!!!
kerana sumber-sumber ilmu dan hukum itu adalah dari al-Quran dan hadis!
faham, jadi nak tak nak, nak maju kita mesti kuasai banyak bahasa!

dan yang keempat peranan terjemahan itu adalah untuk memindahkan budaya.
dalam dunia, terlalu banyak kaum, terlalu banyak budaya!
jadi peranan terjemahan itu sangat penting!
ok, wallahu'alam :)

Balqis binti Kamarudin
A144969

Monday, 28 April 2014

Bahasa Arab, pergghh!

Bismillahirrahmanirrahim^_^
Bahasa Arab???
Ramai yang tak minat!
sebab apa???
alasan mereka adalah satu,
sebab Bahasa Arab itu susah!
yeke susahh???

kakak2, abang2, adik2,,
nak tahu tak kenapa Bahasa Arab ni susah??
Sebabnya Bahasa Arab ni Bahasa Syurga,
Bahasa sumber hukum dan ilmu,
ingat nak masuk syurga tu senang2 je ke??
oh sudah tentuu tidakkkk!!
jadi bersemangatlah kita belajar bahasa Arab!
supaya kita susah di dunia 
dan akhirnya kita senang di akhirat! ^_^

nak tahu satu perkara takkkk??
kami amat kagum pada mereka yang fasih bahasa arab!
nak tahu sebab apa?
sebab mereka sangat macho. cantik dan bergaya,
bila berbual dalam bahasa arab,
Perghhh!




posted by : Balqis Binti Kamarudin (A144969)

Ahlan Wasahlan ^_^

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim kami mulakan langkah.
Alhamdulillah, dengan izin Allah,
Blog ini sudah kami bina,
Moga dengan blog ini, dapat menambahkan ilmu buat kami,
dan para pembaca sekalian,
In sha Allah post2 susulan bakal kami 'update' disini,
nantikan yeaaa^_^

Moga Allah redha kita semua :)