Saturday, 14 June 2014

3# Macam mana ye nak terjemah??


" Wahai Para Bakal Penterjemah
Seorang penterjemah yang baik,
perlu membuka langkah mencari tujuannya sendiri,
perlu tahu bilakah sudah pengetahuannya mencukupi,
bila dia perlu menerima nasihat dan pandangan orang lain,
bila dia perlu sokongan pakar, dan bilamasa dia perlu menyerah kalah"
-Dr Maheram Ahmad ^_^


Aiwahhh! sungguh, kata-kata ustazah di atas sangat cantik!
cantik susunan kata, cantik maksudnya!
ok, sebagai permulaan, kali ini sekadar ingin berkongsi nota,
tak salah kan,, ni asli punya nota
guna air tangan  sendiri tau!!

Oh yaaa! sebelum itu,
apa fungsi nota ni,
nota ni kami nak kongsi sebagai salah satu cara
untuk kami perkenalkan tentang tajuk proses penterjemahan,,


ok, jelas takk? boleh la ye?
penting sangat ke proses penterjemahan ini,,?
ohh,,sudah tentu sangat pentingg!
sebab apa proses itu adalah langkah,
andaikata tiada proses atau langkah dalam sesuatu perkara,
maka caca merba laaa jawabnyaa,,alahaii~~

Jadi secara ringkasnya, ada lima langkah untuk proses penterjemahan!
ingat yaaa 5 Langkah!
1. ANALISA
2 .PEMINDAHAN
3. MENSTRUKTUR SEMULA
4. MEMERIKSA
5, MENYEMAK & MENYUNTING

Ok,sampai sini perkongsian setakat ni
jumpa pada masa akan datang yaaa~~~

Rabi'atul Adawiyah binti Hashim
A145003

2#Jom Cek diri nak jadi penterjemah!


"Anda nak tahu salah satu 'statement' yang sering manusia perasan sendiri
apabila mereka berangan-berangan ingin menjadi seorang penterjemah
iaitu aku menguasai dua bahasa sudah cukup bagiku untuk menjadi penterjemah"

Opsss! sebelum itu, jikalau anda berfikir sebegitu,
cukuplah anda punya angan-angan sekadar angan-angan mat jenin,
nak jadi penterjemah bukan senang, dan tidak susah!
apa yang anda kena tahu nak jadi seorang penterjemah 
adalah anda kena rajin, kuat berusaha, tidak putus asa,
rajin membaca dan kuasai banyak bahasa bukan sekadar
dua sahaja!! faham??

Ok, oleh itu, tajuk kali ini,,
kami akan kongsikan pada anda,,
iaitu 'checklist' seorang penterjemah,
Ayuh, jom cek diri,,
kalau benar-benar anda ada impian menjadi seorang penterjemah.
ohhh,,masyukk oo gaji seorang penterjemah! aiwahhh!! :)

Ok, antara ciri-ciri yang perlu ada untuk seorang penterjemah:

1. Mengetahui Bahasa Sumber
- bahasa asal yang belum diterjemahkan
-anda mestilah mendalam dalam pengetahuannya
-anda mesti tepat dalam mentafsir maknanya

2. Mengetahui bahasa sasaran
- bahasa penerima
-anda mestilah mempunyai pengetahuan yang baik
atau lebih baik bahasa sasaran lebih
dari bahasa sumber

3. Mengetahui bidang/subjek
-perkara ini akan membantu anda untuk menjamin ketepatan
makna yang diterjemahkan
-sangat penting dalam penterjemahan teks-teks khusus & sastera

4. Mengetahui teori terjemahan
-kenapa anda kena tahu teori ini??
supaya anda tidak memindahkan perkataan sahaja,
bahkan anda dapat memindahkan  idea, maklumat dan
gaya sekali,,aiwahhh!

5. Mengetahui sasaran pembaca
-anda kena tahu sasaran pembaca anda golongan mana
adakah golongan atok-atok, nenek-nenek, atau 
golongan ibu-ibu, bapa-bapa, atau golongan 
para remaja,,ataupun golongan kanak-kanak yang 
comel gitu,,untuk apa? untuk anda dapat 
sesuaikan laras bahasa anda! aiwahhh!

ok, itulah contoh ciri-ciri yang perlu ada.
amacam??ada kena pada diri tak??
kalau takde, ayuh perbanyakkan ilmuu!

Balqis binti Kamarudin
A144969

Tuesday, 6 May 2014

1#Mengapa menterjemah???


CITRA PENTERJEMAH
“Jika anda tidak pandai mengarang maka jadilah seorang penyunting 
dan jika anda tidak pandai mengarang dan menyunting, 
maka jadilah seorang penterjemah"

Bismillahirrahmanirrahim ^_^
ok, post kali ini kami akan mula fokus dengan matlamat kami mencipta blog yang comel ini,
kami akan kongsikan kepada para pembaca tentang konsep terjemahan.
opss! maaf kalau nampak kami agak skema, hihihi

ok, soal penterjemahan, ada yang menganggapnya begitu boring, bosan lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan bahasa Arab,,setuju???
ok, jadi kawan-kawan para pembaca sekalian, bagi mengubah "mindset" kalian,
kami akan kongsikan betapa pentingnya sangat-sangat penterjemahan ini..

ok, pertama!
cuba anda bayangkan, anda berada di sebuah bandar yang bukan bandar asal anda,
tengah anda jalan-jalan, tiba-tiba anda sesat di bandar tersebut,
lalu, anda duduk di tepi jalan lalu menangis,
tiba-tiba ada seorang syeikh kabir yang handsome ini mendekati anda,
lalu bahasa apa yang anda akan katakan kepadanya, kerana anda tahu bahawa beliau tak faham bahasa ibunda anda,,


jadi apa yang kami nak sampaikan, terjemahan itu amat penting kerana

Bukan semua orang dapat bercakap semua bahasa!

ok, seterusnya yang kedua, terjemahan ini amat penting bagi berhubung / berkomunikasi. Nak tahu satu perkara tak??? salah satu punca kadangkala masalah komunikasi ialah apabila seseorang itu tidak memahami bahasa, atau loghat orang lain.

ketiga, fungsi terjemahan adalah  memindahkan ilmu & teknologi.
seperti mana yang kita tahu, dunia ini sedang maju dengan teknologi yang semakin canggih,,
dan kebanyakan teknologi-teknologi yang canggih ini bukannya dari orang Melayu,,
majoritinya dari 'orang-orang putih'
dan nak tahu asal usul ilmu itu sudah tentu dari BAHASA ARAB!!!
kerana sumber-sumber ilmu dan hukum itu adalah dari al-Quran dan hadis!
faham, jadi nak tak nak, nak maju kita mesti kuasai banyak bahasa!

dan yang keempat peranan terjemahan itu adalah untuk memindahkan budaya.
dalam dunia, terlalu banyak kaum, terlalu banyak budaya!
jadi peranan terjemahan itu sangat penting!
ok, wallahu'alam :)

Balqis binti Kamarudin
A144969

Monday, 28 April 2014

Bahasa Arab, pergghh!

Bismillahirrahmanirrahim^_^
Bahasa Arab???
Ramai yang tak minat!
sebab apa???
alasan mereka adalah satu,
sebab Bahasa Arab itu susah!
yeke susahh???

kakak2, abang2, adik2,,
nak tahu tak kenapa Bahasa Arab ni susah??
Sebabnya Bahasa Arab ni Bahasa Syurga,
Bahasa sumber hukum dan ilmu,
ingat nak masuk syurga tu senang2 je ke??
oh sudah tentuu tidakkkk!!
jadi bersemangatlah kita belajar bahasa Arab!
supaya kita susah di dunia 
dan akhirnya kita senang di akhirat! ^_^

nak tahu satu perkara takkkk??
kami amat kagum pada mereka yang fasih bahasa arab!
nak tahu sebab apa?
sebab mereka sangat macho. cantik dan bergaya,
bila berbual dalam bahasa arab,
Perghhh!




posted by : Balqis Binti Kamarudin (A144969)

Ahlan Wasahlan ^_^

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim kami mulakan langkah.
Alhamdulillah, dengan izin Allah,
Blog ini sudah kami bina,
Moga dengan blog ini, dapat menambahkan ilmu buat kami,
dan para pembaca sekalian,
In sha Allah post2 susulan bakal kami 'update' disini,
nantikan yeaaa^_^

Moga Allah redha kita semua :)