# AJARKAN PAKCIK BAHASA ARAB, NAK#
Bismillahirrahmanirrahim^_^
Sekarang, jujurnya otak tengah 'jammed'
terlalu banyak nota-nota yang dibaca,
lalu, mata makin mengecil,,
jadi,,tiba-tiba nak kongsikan sebuah kisah,
baca tau, rugi kalau tak baca!
Ok, kisahnya bermula selepas saya habis STPM
di sekolah paling legend kat Malaysia,,(cewaah, poyo!)
kemudian selepas STPM saya membantu ayah di kedai beliau,
dalam masa yang sama di tingkat atas kedai ayah, ayah ada
buka kelas pengajian untuk kanak-kanak & dewasa,
pada suatu ketika, ayah saya bercadang untuk membuka kelas
pengajian Bahasa Arab, kebetulan ada seorang ustaz yang baru balik daripada Mesir
telah menawarkan dirinya untuk mengajar,
pengajian itu lebih tertumpu kepada umum, jadi ramailah
pakcik-pakcik, makcik-makcik, atok-atok & nenek-nenek pon ada,
bersungguh-sungguh mereka datang nak belajar bahasa Arab.
Nak jadikan sebuah kisah, ketika tengah sesi pengajaran,
tiba-tiba ada seorang pakcik comel ni angkat tangan,
lalu dia bertanya kepada ustaz,,
"ustaz, penting sangat ke Bahasa Arab ni??pakcik peninglah ustaz? nak belajar,,lagi-lagi dah tua ni haa~~"
lalu ustaz tu ,menjawab" cikk, umur pakcik dah berapa sekarang? berapa hari sekali pakcik baca al-Quran?"
pakcik tu balas "umor pakcik ni adalah nak dekat 60 tahun dah nak oii, kalau al-Quran tu pakcik selalu jugaklah baca, kenapa nak??"
ustaz, "apa yang pakcik rasa bila pakcik baca al-Quran?"
pakcik, "entahlah nak oii, pakcik baca je, tajwid pakcik pon tunggang langgang ostaz oii"
ustaz, "pakcik sebab tu kita kena belajar bahasa Arab pakcik, bahasa Arab, bahasa al-Quran, bahasa ibadah2 kita seperti solat, bahasa sumber hukum, kalau kita tak belajar bahasa Arab, macam mana kita nak faham apa yang kita baca, bila tak faham itulah kita tak pernah rasa kemanisan beribadah, kemanisan baca Quran,
pakcik," kalau macam tu, ajarkan pakcik bahasa Arab sungguh-sungguh nakk, pakcik dah tua, otak pakcik dah lembap, ustaz sabar ya dengan pakcik, kalau pakcik lambat faham,,
ALLAH T.T hampir tertumpah air mata saya, bila dengar kata-kata pakcik tu,
sentap!! sangat bersungguh-sungguh dia mahu belajar bahasa Arab!
Jadi, kalian anak mudaaa! Cuba-cubakan diri untuk mendalami Bahasa Arab ini,
sebab apa, sebab macam mana ayat ustaz yang saya besarkan kat atas,
kenapa pemuda yg solat, tapi solat tak mampu mencegah mereka dari kemungkaran??
sebabnya satu, mereka tidak faham apa yang mereka baca dalam solat, tak pernah nak menghayati!!
tudiaaaa! sebab mereka baca al-Quran, tapi tak faham untuk tadabbur maksudnyaaa!!
Faham! ok, refresh balik,
mana-mana kawan yang satu bidang dengan saya, gunakanlah kesempatan ini sebaik mungkin
belajar elok-elok, bukan sekadar melepaskan ijazah semata-mata,
ok lah moga coretan mampu membawa semangat untuk exam TAMA esok!
Bittaufiq Wannajah semua :)