sobahul khair :)
selamat pagi :)
good morning :)
ok, sebelum kami mengulas tajuk dengan lebih panjang,
ada satu soalan cepu mas yang kami nak tanya,
pernah tak anda semua bergaduh dengan orang sekelililng
tak kisahla sape2 pon, sama ada ibu, ayah, kakak, abang,
kawan, jiran atau sape2 jelah~~ disebabkan satu perkara??
iaitu SALAH FAHAM,, dan biasanya salah faham ini puncanya ada dua,
daripada orang yang bercakap dan orang yang menerima/mendengar.
ok, jadi,,mai sini kita mengaji sat pasal fungsi ayat,
dalam konteks penterjemahan salah satu elemen amat ditekankan adalah 'teori fungsi ayat'.
bagi menjamin penterjemahan yang baik jadinya kena juga kenal pasti teori ini,
secara umumnya, teori fungsi ayat dibahagi kepada dua iaitu bentuk dan fungsi.
INGAT YA!DALAM SATU AYAT, BENTUK DAN FUNGSI AYAT ADALAH BERBEZA!
BERBEZA SAMA SEKALII!!
ok faham tak, penjelasan kat atas??kalau tak faham mai sini kami bagi contoh,,ok, cuba tengok ayat kat bawah ni:
Boleh ambilkan saya secawan kopi?
dari segi bentuk : ini adalah ayat tanya(tengok kat belakang ada ?)
dari segi bentuk : bukan nak tanya, tapi ayat ini adalah untuk memberi arahan
ok, kurang jelass??mai sini kami bawakan lagi satu contoh:
Siapa kata saya takut??
bentuk : ayat tanya
fungsi : adalah ayat ini, ayat cabaran sebenarnya??
understand??
secara umum, fungsi ayat adalah ditentukan oleh makna ayat,
dan makna ayat itu terbahagi kepada tiga:
- Ayat Maklumat (Informatif)
- Ayat Perasaan (Emotif)
- Ayat Imperatif (Arahan)
Ayat maklumat ni paling senang nak ingat, orang cakap ayat skema! haha
contoh-contoh ayat maklumat ini adalah :
1. Ayat perisytiharan, termasuk makluman, pengumuman, pemberitahuan.
1. Ayat perisytiharan, termasuk makluman, pengumuman, pemberitahuan.
Dengan ini dimaklumkan bekalan air akan tergendala di Bandar Baru bangi selama dua minggu. Oleh itu, penduduk yang terlibat diminta menyimpan air yang secukupnya.
2. Ayat pernyataan.
Ada virus dalam komputer.
3.Ayat sudut pandangan.
Dikaji dari sudut kejiwaan, alat-alat perawatan wajah membawa faedah besar pada pengguna.
4. Ayat syarataan.
Kalau hari tak hujan, bolehlah kita pergi memancing.
5.Ayat cerita termasuk pemerian.
Pada suatu hari saya tertinggal komuter kerana datang lambat.
6. Ayat janji termasuk ikrar dan sumpah.
Saya bersumpah, selagi tidak lulus, saya tidak akan berhenti mengambil peperiksaan.
ok, selepas ayat maklumat, kita tengok ayat ke-2 iaitu: jeng,,jeng
Ayat Perasaan (Emotif)
contohnya :
Ayat marah.
Kalau ikutkan hati, saya bunuh awak sekarang juga.
Ayat gembira.
Alamak! Seronoknya dapat hadiah.
Ayat sanjungan.
Hanya Tuhan yang dapat membalas budi tuan.
Ayat ejekan.
Hai! Ular lidi hendak jadi naga?
Ayat dukaan.
Saya tak sanggup hidup lagi kalau kaki saya terpaksa dipotong.
Ayat sindiran.
Hujan ribut lagi berhenti, ini pula orang makan.
Ayat cacian.
Kucing kurap tak sedar diri! Ada hati nak meminang anak kita.
Ayat kutukan.
Kereta sial! Satu sen tak guna! Harga mahal tapi tak boleh pakai.
Ayat cabaran.
Kalau berani, mari kita bertumbuk sekarang.
Ayat kejutan.
Masya Allah, apa yang dibuatnya dengan duit sebanyak itu?
ok, dan 'last' adalah ayat
Ayat Imperatif (Arahan)
Ayat perintah
Serang!
Hapuskan mereka !
Ayat suruhan
Ambilkan secawan kopi.
Hantarkan kereta sekarang juga.
Ayat larangan termasuk tegahan.
Jangan pijak rumput di laman itu.
Jangan hisap rokok.
Ayat panduan.
Mula-mula panasakan minyak, kemudia tumis bahan-bahan yang dikisar tadi.
Ayat amaran termasuk ancaman.
Kalau awak berani datang lambat lagi, saya pecat awak.
Ayat undangan.
Sudilah datang ke rumah saya apabila musim durian nanti.
Ayat silaan.
Jemputlah masuk, ayah ada di dalam.
Ayat ajakan.
Marilah kita melabur untuk masa depan.
Ayat gesaan.
Cepatlah bawa budak itu ke hospital.
Ayat tawaran.
Kalau anda mahu, saya sanggup hantar barang ini ke rumah anda.
Ayat peraturan.
Para pelajar masuk ikut Pintu B. Para Jemputan masuk ikut Pintu C.
ok, berdasarkan contoh-contoh yang kami bagi, dapatlah kami simpulkan bahawa :
Salah satu kesilapan terjemahan: penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang sama mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza.
Salah satu kadangkala berlakunya 'peperangan mulut' adalah disebabkan kegagalan kita sendiri dalam memahami makna dan fungsi ayat tersebut!
Jadi, untuk mengelakkan tercetusnya 'peperangan mulut' itu, berusahalah menggunakan bahasa, fungsi, dan makna ayat yang baik,
ingat!
"Bahasa Jiwa Bangsa!" eheh^_^
Balqis binti Kamarudin
A144969
No comments:
Post a Comment